Selepas satu sesi jamming yang membosankan, aku berbual dengan brader pemilik studio bertanya khabar.
"Eh, mana adik kau?Dah lama tak nampak," tanya aku.
"Adik aku masuk jail kat Singapore. Kantoi bawak K," jawab beliau.
"Hm? K? Apa benda tu?!" tanya aku bernada sangat naif dan tertanya-tanya.
Suasana senyap.
"Erm..dadah..dadah la," jawab beliau tergesa-gesa.
Main lagu huarghh..huarghh..sampai keluar anak tekak. Anti itu ini.Gejala sosial semua. Tapi K pun tak tau.
Mungkin itu yang brader tu cakap dalam hati.
***
Di kedai mamak bersama sepupu aku. Kami melihat-lihat sekeliling, melihat-lihat orang.
"Tu mesti chika dia. " kata sepupu aku merujuk kepada seorang perempuan belasan tahun dengan seorang lelaki berumur.
Aku menoleh ke arah mereka.
"Chika tu apa?" aku bertanya jujur.
Sepupu aku hanya senyum memandang aku sambil menggeleng kepala.
***
Aku dah tua atau aku semakin skema?
*K - kokain
Pornamarama
Bila bulan bisa ngomong pasti tidak berbahasa Inggeris
Selasa, 24 Ogos 2010
Magaza'in
Satu hari di zaman kulit album Koffin Kanser dan Projekt AK selalu berada di dalam kocek seluar sekolah, zaman berjamming pakai baju sekolah lagi, seorang member sekolah yang se-muzik dengan aku mencadangkan sesuatu yang agak rebel bagi aku pada ketika tu.
"Jom lep kelaih English satgi?" (maksudnya- Marilah kita ponteng kelas English lepas ni?).Sangat rebel dan anarkis. Tingkah laku memberontak akibat kebosanan dan keperitan hidup sebagai seorang pelajar.
Aku bertanya tujuan ponteng kelas kepadanya sambil ketar lutut sebab aku sangat berdisiplin dan berwawasan 2020 orangnya.
"Kita pi City Plaza beli zine," katanya.Sila baca perkataan 'zine' dengan sebutan za'in - seperti part '-sign' untuk perkataan 'design'.
"Beli apa?" tanya aku balik.
"Beli zine lah.Zine, majalah fotostat buat sendiri cerita pasal band review, artikel semua." terangnya lagi.
Baru aku sedar dia bercakap mengenai zine atau fanzine atau apa sahaja yang bersamaan.
Lalu aku menjawab,
"Apa kata hang tak payah ponteng kelas English. Ponteng kelas pendidikan Islam lagi ok."
Aku memang pantang orang salah pronounce macam ni.Kih..kih..

Isnin, 16 Ogos 2010
Lucid dream
Di pejabat, aku dimarahi bos.
Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka. Jadi aku belajar cara-cara mendapatkan Lucid Dream. Biarlah aku hidup selama-lamanya di alam mimpi aku ini.
Jadi setelah membuat persediaan, berlatih beberapa malam sebelum ini, akhirnya aku berjaya sedar dalam mimpi aku sendiri. Gembira hati ini apa yang dihajati muncul depan mata. Nak beromen dengan janda hot sebelah rumah?Puff! Tengah menonggeng di hadapan dan bersedia menurut perintah. Nikmat. Rasa nak tumbuk muka bos yang selalu marah aku? Toing! Muncul di depan dengan tangan dan kaki terikat.Separuh nyawa aku kerjakan.
Lompat dari KLCC ke bawah.
Makan gula kapas di atas awan.
Berbasikal ke bulan.
Dan lain-lain.Semuanya muncul dan mengikut kemahuan aku. Yahooo!! Goooglee!!
Tapi..
Lama-kelamaan, terasa seperti tidak seimbang hidup ini. Macam Yang tanpa Yin. Segalanya kelihatan seperti senang sangat. Bosan.
Jadi aku mengambil keputusan untuk bangun dari mimpi Lucid menjemukan ini untuk terus ke alam realiti. Agak sukar pada mulanya. Setelah ditampar muka sendiri sampai merah, barulah aku terjaga dan mendapati aku berada di atas katil sedang menampar diri sendiri. Lega dapat kembali.
Terasa basah seluar.Uh-oh, mimpi basah.
Esoknya di pejabat, aku dimarahi bos.
Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka...

Langgan:
Ulasan (Atom)