Hari ini lepas sembahyang terawikh lapan rakaat, aku ke kedai kopi melepak dengan rakan sekampung. Di situ, dengan menghirup Nescafe tarik ada rasa halia sikit (yang tidak diingini) sambil berborak hal ekonomi dengan rakan sekampung, aku memerhati sekeliling kedai melihat gelagat pengunjung (ye ok, melihat makwe juga).
Setelah melihat sekeliling dalam 120 darjah, mata aku terhenti ke darjah yang ke 122, di mana terdapat satu meja yang diduduki empat orang makwe. Tetapi jangan silap, mata aku terhenti di meja itu bukan kerana ada empat makwe itu, sementelah makwe-makwe tersebut tidaklah begitu menepati citarasa aku. Tetapi mereka menarik perhatian aku kerana kesemua mereka masing-masing mempunyai laptop di atas meja, berwi-fi dan hanya khusyuk menaip di atas papan kekunci. Tanpa borak, tanpa sohsehsohseh, tanpa gelak-tawa. Memang keempat-empat makwe tersebut hanya menaip dan menaip.
Mungkin mereka berkomunikasi antara satu sama lain di alam maya agaknya, aku berfikiran positif. Tapi, what's the point? Duduk satu meja, alam lain-lain.
Macam minum beer tanpa alkohol.
Macam hisap rokok tapi tak inhale.
Macam main tapi tak ejakulasi.
Ah, suka hati korang lah.