Isnin, 16 Ogos 2010

Lucid dream

Di pejabat, aku dimarahi bos.

Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka. Jadi aku belajar cara-cara mendapatkan Lucid Dream. Biarlah aku hidup selama-lamanya di alam mimpi aku ini.

Jadi setelah membuat persediaan, berlatih beberapa malam sebelum ini,  akhirnya aku berjaya sedar dalam mimpi aku sendiri. Gembira hati ini apa yang dihajati muncul depan mata. Nak beromen dengan janda hot sebelah rumah?Puff! Tengah menonggeng di hadapan dan bersedia menurut perintah. Nikmat. Rasa nak tumbuk muka bos yang selalu marah aku? Toing! Muncul di depan dengan tangan dan kaki terikat.Separuh nyawa aku kerjakan.

Lompat dari KLCC ke bawah.

Makan gula kapas di atas awan.

Berbasikal ke bulan.

Dan lain-lain.Semuanya muncul dan mengikut kemahuan aku. Yahooo!! Goooglee!!

Tapi..
Lama-kelamaan, terasa seperti tidak seimbang hidup ini. Macam Yang tanpa Yin. Segalanya kelihatan seperti senang sangat. Bosan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk bangun dari mimpi Lucid menjemukan ini untuk terus ke alam realiti. Agak sukar pada mulanya. Setelah ditampar muka sendiri sampai merah, barulah aku terjaga dan mendapati aku berada di atas katil sedang menampar diri sendiri. Lega dapat kembali.

Terasa basah seluar.Uh-oh, mimpi basah.

Esoknya di pejabat, aku dimarahi bos.

Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka...