Selepas satu sesi jamming yang membosankan, aku berbual dengan brader pemilik studio bertanya khabar.
"Eh, mana adik kau?Dah lama tak nampak," tanya aku.
"Adik aku masuk jail kat Singapore. Kantoi bawak K," jawab beliau.
"Hm? K? Apa benda tu?!" tanya aku bernada sangat naif dan tertanya-tanya.
Suasana senyap.
"Erm..dadah..dadah la," jawab beliau tergesa-gesa.
Main lagu huarghh..huarghh..sampai keluar anak tekak. Anti itu ini.Gejala sosial semua. Tapi K pun tak tau.
Mungkin itu yang brader tu cakap dalam hati.
***
Di kedai mamak bersama sepupu aku. Kami melihat-lihat sekeliling, melihat-lihat orang.
"Tu mesti chika dia. " kata sepupu aku merujuk kepada seorang perempuan belasan tahun dengan seorang lelaki berumur.
Aku menoleh ke arah mereka.
"Chika tu apa?" aku bertanya jujur.
Sepupu aku hanya senyum memandang aku sambil menggeleng kepala.
***
Aku dah tua atau aku semakin skema?
*K - kokain