Selasa, 24 Ogos 2010

Magaza'in

Satu hari di zaman kulit album Koffin Kanser dan Projekt AK selalu berada di dalam kocek seluar sekolah, zaman berjamming pakai baju sekolah lagi, seorang member sekolah yang se-muzik dengan aku mencadangkan sesuatu yang agak rebel bagi aku pada ketika tu.

"Jom lep kelaih English satgi?" (maksudnya- Marilah kita ponteng kelas English lepas ni?).Sangat rebel dan anarkis. Tingkah laku memberontak akibat kebosanan dan keperitan hidup sebagai seorang pelajar.

Aku bertanya tujuan ponteng kelas kepadanya sambil ketar lutut sebab aku sangat berdisiplin dan berwawasan 2020 orangnya.

"Kita pi City Plaza beli zine," katanya.Sila baca perkataan 'zine' dengan sebutan za'in - seperti part '-sign' untuk perkataan 'design'.

"Beli apa?" tanya aku balik.

"Beli zine lah.Zine, majalah fotostat buat sendiri cerita pasal band review, artikel semua." terangnya lagi.



Baru aku sedar dia bercakap mengenai zine atau fanzine atau apa sahaja yang bersamaan.

Lalu aku menjawab,

"Apa kata hang tak payah ponteng kelas English. Ponteng kelas pendidikan Islam lagi ok."

Aku memang pantang orang salah pronounce macam ni.Kih..kih..