Khamis, 26 Ogos 2010

Angka

Selepas satu sesi jamming yang membosankan, aku berbual dengan brader pemilik studio bertanya khabar.

"Eh, mana adik kau?Dah lama tak nampak," tanya aku.

"Adik aku masuk jail kat Singapore. Kantoi bawak K," jawab beliau.

"Hm? K? Apa benda tu?!" tanya aku bernada sangat naif dan tertanya-tanya.

Suasana senyap.

"Erm..dadah..dadah la," jawab beliau tergesa-gesa.

Main lagu huarghh..huarghh..sampai keluar anak tekak. Anti itu ini.Gejala sosial semua. Tapi K pun tak tau.

Mungkin itu yang brader tu cakap dalam hati.

***

 Di kedai mamak bersama sepupu aku. Kami melihat-lihat sekeliling, melihat-lihat orang.

"Tu mesti chika dia. " kata sepupu aku merujuk kepada seorang perempuan belasan tahun dengan seorang lelaki berumur.

Aku menoleh ke arah mereka.

"Chika tu apa?" aku bertanya jujur.

Sepupu aku hanya senyum memandang aku sambil menggeleng kepala.

***

Aku dah tua atau aku semakin skema?



*K - kokain

Selasa, 24 Ogos 2010

Magaza'in

Satu hari di zaman kulit album Koffin Kanser dan Projekt AK selalu berada di dalam kocek seluar sekolah, zaman berjamming pakai baju sekolah lagi, seorang member sekolah yang se-muzik dengan aku mencadangkan sesuatu yang agak rebel bagi aku pada ketika tu.

"Jom lep kelaih English satgi?" (maksudnya- Marilah kita ponteng kelas English lepas ni?).Sangat rebel dan anarkis. Tingkah laku memberontak akibat kebosanan dan keperitan hidup sebagai seorang pelajar.

Aku bertanya tujuan ponteng kelas kepadanya sambil ketar lutut sebab aku sangat berdisiplin dan berwawasan 2020 orangnya.

"Kita pi City Plaza beli zine," katanya.Sila baca perkataan 'zine' dengan sebutan za'in - seperti part '-sign' untuk perkataan 'design'.

"Beli apa?" tanya aku balik.

"Beli zine lah.Zine, majalah fotostat buat sendiri cerita pasal band review, artikel semua." terangnya lagi.



Baru aku sedar dia bercakap mengenai zine atau fanzine atau apa sahaja yang bersamaan.

Lalu aku menjawab,

"Apa kata hang tak payah ponteng kelas English. Ponteng kelas pendidikan Islam lagi ok."

Aku memang pantang orang salah pronounce macam ni.Kih..kih..

Isnin, 16 Ogos 2010

Mata

Kurang pahala puasa tak kalau kita lihat dada akhbar?

Lucid dream

Di pejabat, aku dimarahi bos.

Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka. Jadi aku belajar cara-cara mendapatkan Lucid Dream. Biarlah aku hidup selama-lamanya di alam mimpi aku ini.

Jadi setelah membuat persediaan, berlatih beberapa malam sebelum ini,  akhirnya aku berjaya sedar dalam mimpi aku sendiri. Gembira hati ini apa yang dihajati muncul depan mata. Nak beromen dengan janda hot sebelah rumah?Puff! Tengah menonggeng di hadapan dan bersedia menurut perintah. Nikmat. Rasa nak tumbuk muka bos yang selalu marah aku? Toing! Muncul di depan dengan tangan dan kaki terikat.Separuh nyawa aku kerjakan.

Lompat dari KLCC ke bawah.

Makan gula kapas di atas awan.

Berbasikal ke bulan.

Dan lain-lain.Semuanya muncul dan mengikut kemahuan aku. Yahooo!! Goooglee!!

Tapi..
Lama-kelamaan, terasa seperti tidak seimbang hidup ini. Macam Yang tanpa Yin. Segalanya kelihatan seperti senang sangat. Bosan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk bangun dari mimpi Lucid menjemukan ini untuk terus ke alam realiti. Agak sukar pada mulanya. Setelah ditampar muka sendiri sampai merah, barulah aku terjaga dan mendapati aku berada di atas katil sedang menampar diri sendiri. Lega dapat kembali.

Terasa basah seluar.Uh-oh, mimpi basah.

Esoknya di pejabat, aku dimarahi bos.

Di rumah, aku rasa tertekan dengan hidup ini dan mahu hidup dalam mimpi yang indah-indah belaka...

Ahad, 15 Ogos 2010

1 juta

Di satu sesi lunch biasa bersama lima rakan sekerja, setelah kenyang bermakan-makan, kami macam biasa berborak-borak membuang masa sementara menanti masa lunch tamat. Aku pula yang kehabisan rokok cuba mencari taktik untuk mengepau seorang rakan aku, Alex. Ketika itu pula Alex sedang rancak bercerita mengenai sebuah rancangan realiti yang mengadakan research mengenai apa yang seorang pengemis akan buat jika diberikan $1 juta tunai kepadanya dan perlu dihabiskan dalam masa 3 hari. Jadi apabila diberikan sahaja duit tersebut, bermulalah syurga sementara untuk pengemis tersebut. Antara yang dibelanjakannya ialah minuman keras, pakaian, tiket loteri, kereta mewah, berparti dan lain-lain. Selepas lebih kurang 2-3 hari, semua duitnya licin, setel, habis! Pengemis tersebut kembali mengemis dan merempat di tepi jalan seperti sediakala tanpa satu harta pun yang ada.

"Jadi kesimpulan yang dibuat oleh rancangan itu ialah, pengurusan kewangan juga boleh menjadi faktor penting untuk kita menjadi kaya dan kekal kaya." kata penutup dari rakan aku itu.Sambungnya lagi, "Tapi kalaulah ada orang bagi $1 juta kat korang, apa yang benda pertama yang korang akan beli?"

Mungkin sudah belajar daripada hasil kajian rancangan tersebut, rakan-rakan aku kebanyakkannya memberi jawapan-jawapan yang meyakinkan.

"Aku beli kereta dulu kot,"

"Terus beli rumah la."

"Beli saham company kita ni, terus jadi bos."

Setelah semua menjawab soalan tersebut, mereka semua memandang ke arah aku menantikan jawapan.

"Ko pulak nak beli apa dulu?"

Aku yang tidak khusyuk sangat mendengar apa yang mereka bualkan terus menjawab,

"Aku beli rokok dulu. Lepas hisap rokok baru aku dapat fikir apa yang aku nak buat dengan duit sebanyak tu. Bak kok tang!" dengan pantas aku mengambil rokok Alex dan menghisapnya dengan gembira.

Kuiz Moral

Di pejabatku, setiap sejam pasti aku dan seorang rakanku,Paulo turun ke bawah untuk me-refill kandungan nikotin dan tar ke dalam otak masing-masing yang kontang dek terlalu banyak berfikir. Jadi, di samping menghisap rokok, kami juga berbual-bual kosong, bergurau dan juga bermain game. Antara game yang kami cipta ialah sebuah kuiz mengarut tahap Darwin iaitu Kuiz Moral. Kuiz dimana seorang akan bertanya satu soalan yang melibatkan moral dan maruah, di mana dalam kedaan 'take it or leave it' adakah sanggup dilakukan atau tidak. Oleh kerana kami straight, jadi soalan selalunya berkisar tentang perilaku gay. No offense, just a game ok.

Jadi aku pun bertanya, "If someone, a guy, wants to pay you for letting him to rub his dick in the middle of your ass, would you accept the offer?"

"You mean like 'sandwich' ?" dia memastikan soalan.

Aku angguk.

"No insert?" dia memastikan lagi sekali nampaknya.

Aku angguk.

"Yes!" dia menjawab sambil tergelak.

Jadi aku pun bertanya, "So, you seems like really making sure that he doesn't insert his thing to your hole. How about suddenly he insists to do it?You'll refuse right?"

Dengan pantas dia menjawab.

"He has to double the pay."

Sabtu, 14 Ogos 2010

Suka hati-lah

Hari ini lepas sembahyang terawikh lapan rakaat, aku ke kedai kopi melepak dengan rakan sekampung. Di situ, dengan menghirup Nescafe tarik ada rasa halia sikit (yang tidak diingini) sambil berborak hal ekonomi dengan rakan sekampung, aku memerhati sekeliling kedai melihat gelagat pengunjung (ye ok, melihat makwe juga).

Setelah melihat sekeliling dalam 120 darjah, mata aku terhenti ke darjah yang ke 122, di mana terdapat satu meja yang diduduki empat orang makwe. Tetapi jangan silap, mata aku terhenti di meja itu bukan kerana ada empat makwe itu, sementelah makwe-makwe tersebut tidaklah begitu menepati citarasa aku. Tetapi mereka menarik perhatian aku kerana kesemua mereka masing-masing mempunyai laptop di atas meja, berwi-fi dan hanya khusyuk menaip di atas papan kekunci. Tanpa borak, tanpa sohsehsohseh, tanpa gelak-tawa. Memang keempat-empat makwe tersebut hanya menaip dan menaip.

Mungkin mereka berkomunikasi antara satu sama lain di alam maya agaknya, aku berfikiran positif. Tapi, what's the point? Duduk satu meja, alam lain-lain.

Macam minum beer tanpa alkohol.

Macam hisap rokok tapi tak inhale.

Macam main tapi tak ejakulasi.

Ah, suka hati korang lah.

Khamis, 12 Ogos 2010

Parking kereta

Di satu sesi melepak pada petang hujung minggu di sebuah kedai kopi mahal, ditemani kopi berasap tanpa lagu reggae, rakan aku, seorang pinoy merungut kepada aku betapa susahnya untuk melihat perempuan panas (hot chicks) tanpa ditemani lelaki. Selalunya perempuan berlagging atau bershort pants pasti ditemani lelaki yang kadangkala boleh diterima, kadangkala tak sepadan langsung.Rezeki masing-masing.

"So what is left for us?" katanya dengan English berbaur Tagalog pekat.

Lalu aku dengan English CNN menjawab tenang,

"You have to remember this.." sambil memadam Dunhill Gangren di bekas abu rokok "..it is like we drive a car in the shopping mall's parking lot, and we search for the best spot to park our car. The best spots are always taken.So what is left for us is just..."

"A place which is too far from the shopping mall's entrance?" beliau memintas.

Aku geleng kepala sambil senyum.

"Handicapped parking space."

Rabu, 11 Ogos 2010

Langkah satu

Beberapa blog yang aku baca telah membuatkan keinginan aku untuk menulis/menaip kembali bergejolak. Jadi inilah, blog baru aku yang secara kebetulan dirasmikan pada hari pertama ramadhan tahun 2010. Tetapi harap kalian tidak memberi harapan bahawa blog ini bakal memaparkan entri berunsur rohaniah dan ketuhanan, seperti aku katakan tadi, kebetulan saja aku buat pada hari pertama puasa.

Arah tuju blog ini masih lagi kabur. Mungkin bercampur-gaul dengan cerk45(cerita ringkas), kritikan sosial, dan juga mungkin diari hidup aku?haha..

Jadi aku mulakan langkah pertama ini dengan satu quote dari sebuah kumpulan metalcore yang aku lupa namanya,hayatilah..

"Howarghhkurishoffuraghhhh!!"